Monday, May 26, 2014

Resipi - Kek Lapis Pandan Choc

BAHAN:
10 biji telur
250 g mentega
100 g gula
30 g ovellete
160 g tepung gandum
325 g susu pekat manis
Perisa:
Pandan
Coklat

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masuk telur satu persatu
  3. Masukkan ovellete dan susu dalam adunan dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sehingga rata. Bahagi adunan kepada dua bahagian iaitu perisa pandan dan coklat.
CARA MEMBAKAR:
  1. Ambil adunan warna hijau dan masukkan ke acuan dan bakar selama 10-15 minit.
  2. Keluarkan kek dan tekan kek agar mampat, kemudian masukkan pula adunan kedua iaitu coklat dan bakar selama 10-15 minit.
  3. Lakukan lapisan demi lapisan sehingga adunan habis. Adunan kek akhir haruslah dibakar dalam masa 15-20 minit agar kek benar-benar masak.
  4. Bakar dalam suhu 175 degree.
Sumber : Dayang Kek Lapis Sarawak

No comments:

Post a Comment