MENTEGA vs MARJERIN
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua sahabat KKAF Cookies.
Soalan perbezaan Mentega dan Marjerin ini sering kali ditanya oleh sahabat yang keliru kerana bentuknya hampir sama. Jom kenali ciri – cirinya sehingga anda boleh mengetahui kegunaannya dalam masakan dan kuih . Banyak perbezaan dan kegunaan mentega dan margerin ini.
MARJERIN
Marjerin dibuat dari lemak sayuran dicampur bahan – bahan lain . Teksturnya lebih padat / keras, berwarna kuning terang , tidak mudah meleleh , dan dijual dalam bungkusan mangkuk plastik atau bungkusan plastik .
Jika dipanaskan , margarin akan mencair dan berubah menjadi minyak berwarna kuning tua dengan sedikit mendapan . Jika dikacau , margarin akan mudah lembek . Margarin sering digunakan sebagai bahan tambahan untuk masakan , membuat sos , masakan yang ditumis , dan campuran dalam minyak goreng agar hasil gorengan lebih sedap dan rangup .
MENTEGA
Mentega atau butter diperbuat dari lemak susu haiwan yang diproses dengan bahan tambahan lainnya seperti air, garam, dan susu . Oleh Kerana mentega diperbuat daripada lemak haiwan , aroma mentega lebih kuat dan menyelerakan.
Warna mentega kuning pucat dan mudah meleleh . Sebagai perbandingan , mentega lebih mudah meleleh ketika dipanaskan daripada marjerin . Mentega dijual dalam bungkusan kertas aluminium dan boleh didapati di bahagian bahan makanan yang sejuk di layan diri dimana-mana pasar raya atau kedai kek.
KEGUNAAN
Jika ingin membuat biskut atau kuih yang teksturnya kering dan garing tetapi lembut, gunakan mentega. Selain teksturnya lebih bagus, aromanya pun lebih harum . Lain halnya jika anda ingin membuat kek, biasanya jika digunakan mentega, hasil keknya kurang elok kerana daya tahannya kurang elok sehingga kek tidak dapat mengembang sempurna dan tidak tahan . Namun, jika memang perlu menggunakan mentega, tambah cake emulsifier agar hasilnya lebih sempurna .
TIPS
Ketika menggunakan marjerin untuk menumis atau membuat kuih kering , jangan menambah garam kerana rasanya sudah masin .
Kerana mentega mudah tengik , perhatikan dengan teliti tarikh tamat tempoh yang dinyatakan pada bungkusan .
Kerana mentega mudah tengik , perhatikan dengan teliti tarikh tamat tempoh yang dinyatakan pada bungkusan .
Simpan mentega atau margarin dalam tempat sejuk dan tidak terkena matahari secara langsung.
Untuk membuat kek yang bertekstur sempurna , campurkan mentega dan marjerin dengan perbandingan 1:1 . Hasilnya , kek enak , harum , dan lembut.
Untuk membuat kek yang bertekstur sempurna , campurkan mentega dan marjerin dengan perbandingan 1:1 . Hasilnya , kek enak , harum , dan lembut.
Inilah serba sedikit perbezaan yang dapat dikongsikan bersama anda semua. Semoga ia bermanfaat bagi anda yang sering tertanya-tanya perbezaan antara mentega dan margerin.
KKAF Cookies sangat mementingkan kualiti dalam pembuatan biskut biskut kami.Adunan dengan MENTEGA yang berkualiti adalah pilihan kami.
Pilihan Anda Bagaimana???
No comments:
Post a Comment