Friday, December 30, 2016

Resipi Kek Lapis Gulung Inti Coklat









Jom jimat duit dengan buat kek SENDIRI Kek Lapis Shafira sedia membantu anda. Hari ni rasa nak, share resipi "kek lapis gulung inti coklat".
Bahan bahan
1- Tepung Gandum / Tepung 450 Gram ayak
2- Gula 250 gram 
3- Susu pekat 1 tin
4- loyang bersaiz 9 inci ( loyang pendek)
5- oven elektrik yg kecik pun boleh
6- telur 10 biji
7- butter golden churn 450'gram
8- coklat kegemaran anda
9. jem coklat 1 bekas kecik
Cara buat
1-gaul kan bahan2 diatas dengan mixer tangan sehingga sebati. mulakan dengan memukul telur terlebih dahulu sehingga kembang.
2. Ambil loyang 9 Inci itu tadi tuangkan sekitar 8 sudu teh kedalam acuan loyang, ratakan dan bakar sekitar 10 minit. Buat dua lapisan sahaja. tindih adunan yg telah siap dengan adunan kedua.
3. selepas masak, tanggalkan kek yg telah masak itu dan sapukan dengan jem coklat dengan rata dan gulungkan dengan coklat sedap.

4. Biar sebentar untuk bagi jgn patah
 Senang ke senang?

Malas?? Order je

Antara kek lapis coklat yang ada :
- snicker
- kinder beuno
- hersyes
- mars
- cadbury dairy milk
- toblerone
- kitkat
- cadbury picnic
- cadbury boost
- cadbury crunchie
- voshalle
- ferrerro rocher
- cadbury

Whatsapp 0105437705

Harga : RM25.00
Postage : RM8.00 WM, RM12.00 EM

Untuk tempahan, klik SINI

Atau
sms/ whatsapp/ telegram 010-5437705

LIKE Fan page : Elisya Baker

Kek Lapis Sarawak Version Budget 2017







Mencari sesuatu yang lain untuk hari raya anda 2017??

Jom cuba Kek Lapis Sarawak....Rasa sekali pasti nak beli lagi...Memang secukup rasa, tidak terlalu manis dan tidak terlalu tawar


Menggunakan bahan mentah yang asli dan terbaik sahaja...Yang pasti terbaik untuk anda


Best Seller

> Blueberry Cheese
> Masam Manis
> Strawberry Cheese
> Cadbury Cheese
> Chocolate Cheese
> Lapis Cheese

Traditional (ramai jugak penggemar perasa ni)

> Batik Sutera
> Original/ Rempah
> Prune (adik den suko)
> Horlicks 
> Sisik Ikan (susah nak buat nie)
> Evergreen

Modern (sesuai untuk penggemar yang lain dari lain)

> Tembikai
> Cappusino
> Yam
> Chocolate Rice (kids love this)
> Orange Chip
> Peppermint (ramai yang repeat order)

New Flavour (mesti rasa)

> Aneka Rasa
> Mami Jarum
> Honey Cheese
> Mutiara
> Strawberry Ice Cream

Mini Kek Lapis Budget (kecik sikit dari biasa). Sesuai untuk dijadikan hadiah, hantaran atau di bawa berjalan.


Nanti kami sharekan bahan bahan utama dalam setiap kek lapis nie ya, untuk lebih tahu apa yang anda suka


Lekaih order, satgi habih janga ternganga!!!


Whatsapp jer 0105437705


Harga : RM15.00

Postage : RM8.00 WM, RM12.00 EM


Untuk tempahan, klik SINI

Atau
sms/ whatsapp/ telegram 010-5437705

LIKE Fan page : Elisya Baker


Sunday, December 25, 2016

Ketuk Ketuk Aldilfitri 2017



Mesti ramai yang kata. Puasa ganti pun belum habis. Dah sibuk nak beli kuih raya.
Jangan salah faham. Cuba baca 5 sebab KKAF2017 dibuka awal.

1. Jimat wang. Ya betul! Jika anda menyertai kutu Ketuk-Ketuk Aidil Fitri (KKAF) sekarang, anda mampu jimat sehingga RM300 atau mungkin lebih ketika hampir tiba musim perayaan Aidil Fitri nanti. Bayangkan apa yang boleh dibeli dengan RM300 itu. 
Bagi wanita, nilai itu mungkin bersamaan 2 pasang baju kurung baru untuk digayakan pada hari pertama Raya nanti. ðŸ˜‰


2. Peace of mind. Lagi sekali betul! Kadang-kadang, dekat-dekat nak Raya, banyak perkara perlu difikirkan. Ditambah dengan perlu membuat pilihan biskut apa yang mahu dibeli membuatkan fikiran jadi lebih kusut. 
Jadi, kenapa tidak beli lebih awal secara kaedah kutu. Boleh berfikir dengan tenang biskut mana yang mahu diberi kepada ibu bapa atau mentua kali ni. Peace of mind orang putih kata.

3. Fresh. Ya! Maksudnya, biarpun anda membuat tempahan awal dari sekarang, itu tak bermakna biskut anda terus diproses dan kemudian di simpan di kilang selama beberapa bulan kemudian dekat dekat nak Raya diserahkan kepada pelanggan. 
Pemahaman ini silap sama sekali. Di KKAF, biskut anda hanya akan di hasilkan dua minggu sebelum penghantaran kepada pelanggan menjadikannya fresh dari ladang, ops kilang.hehe. Ini Puan Aishah Ramond sendiri yang maklumkan kepada saya.

4. Kurang beban. Ya tepat sekali! Apa beza antara anda beli barang dengan perlu bayar RM300 sekali gus berbanding membayar secara ansuran Rm50 selama 6 bulan. Dari segi nilai sama iaitu dua-dua RM300.
Tapi dari segi beban, pilihan kedua lebih kurang beban kepada pelanggan jadi tidak mengganggu bajet kewangan bulanan anda.

5. Patuh syariah. Ini paling penting! Selain daripada biskut kami dijamin Halal oleh JAKIM. Sistem ansuran kami tiada dikenakan riba atau faedah atau bunga atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Jumlah ansuran yang anda bayar adalah sama dengan jumlah pembelian keseluruhan. Jadi, jangan risau, kami mengamalkan sistem yang patuh syariah.
Ok.

Dah 5 sebab saya berikan yang saya kira sepatutnya tiada alasan lagi untuk anda tidak menyertai kutu KKAF ini.
Saya hanya membukakan pintu, tapi hanya anda yang boleh buat pilihan mahu masuk atau terus menunggu.

Untuk tempahan, 
sms/ whatsapp/ telegram 010-5437705

LIKE Fan page : Elisya Baker

MENTEGA VS MARJERIN



MENTEGA vs MARJERIN
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua sahabat KKAF Cookies.
Soalan perbezaan Mentega dan Marjerin ini sering kali ditanya oleh sahabat yang keliru kerana bentuknya hampir sama. Jom kenali ciri – cirinya sehingga anda boleh mengetahui kegunaannya dalam masakan dan kuih . Banyak perbezaan dan kegunaan mentega dan margerin ini.


MARJERIN
Marjerin dibuat dari lemak sayuran dicampur bahan – bahan lain . Teksturnya lebih padat / keras, berwarna kuning terang , tidak mudah meleleh , dan dijual dalam bungkusan mangkuk plastik atau bungkusan plastik .
Jika dipanaskan , margarin akan mencair dan berubah menjadi minyak berwarna kuning tua dengan sedikit mendapan . Jika dikacau , margarin akan mudah lembek . Margarin sering digunakan sebagai bahan tambahan untuk masakan , membuat sos , masakan yang ditumis , dan campuran dalam minyak goreng agar hasil gorengan lebih sedap dan rangup .

MENTEGA
Mentega atau butter diperbuat dari lemak susu haiwan yang diproses dengan bahan tambahan lainnya seperti air, garam, dan susu . Oleh Kerana mentega diperbuat daripada lemak haiwan , aroma mentega lebih kuat dan menyelerakan.
Warna mentega kuning pucat dan mudah meleleh . Sebagai perbandingan , mentega lebih mudah meleleh ketika dipanaskan daripada marjerin . Mentega dijual dalam bungkusan kertas aluminium dan boleh didapati di bahagian bahan makanan yang sejuk di layan diri dimana-mana pasar raya atau kedai kek.

KEGUNAAN
Jika ingin membuat biskut atau kuih yang teksturnya kering dan garing tetapi lembut, gunakan mentega. Selain teksturnya lebih bagus, aromanya pun lebih harum . Lain halnya jika anda ingin membuat kek, biasanya jika digunakan mentega, hasil keknya kurang elok kerana daya tahannya kurang elok sehingga kek tidak dapat mengembang sempurna dan tidak tahan . Namun, jika memang perlu menggunakan mentega, tambah cake emulsifier agar hasilnya lebih sempurna .

TIPS
Ketika menggunakan marjerin untuk menumis atau membuat kuih kering , jangan menambah garam kerana rasanya sudah masin .
Kerana mentega mudah tengik , perhatikan dengan teliti tarikh tamat tempoh yang dinyatakan pada bungkusan .
Simpan mentega atau margarin dalam tempat sejuk dan tidak terkena matahari secara langsung.
Untuk membuat kek yang bertekstur sempurna , campurkan mentega dan marjerin dengan perbandingan 1:1 . Hasilnya , kek enak , harum , dan lembut.
Inilah serba sedikit perbezaan yang dapat dikongsikan bersama anda semua. Semoga ia bermanfaat bagi anda yang sering tertanya-tanya perbezaan antara mentega dan margerin.
KKAF Cookies sangat mementingkan kualiti dalam pembuatan biskut biskut kami.Adunan dengan MENTEGA yang berkualiti adalah pilihan kami.
Pilihan Anda Bagaimana???
#kkaf2017 #kkafsubangjaya

Thursday, December 15, 2016

Resipi : Kek Lapis Masam Manis


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
Kek Lapis Shafira
hasil : Satu Loyang berat 2.8kg
Bahan-bahan
-11 biji telur gred A
-susu setengah tin
-gula kasar 455 gram
-horlick 200 gram
-biskut marie 200 gram
-butter 454 gram (golden churn)
-pewarna merah
-pewarna hijau
-pewarna kuning
-hawflake (duit asam manis)
- overlate 4 sudu
- tepung hongkong 500 gram (boleh guna tepung gandum)

peralatan memasak
- loyang bersaiz 8x8
- kertas minyak
- oven bakar
- mixer tangan
cara membuat dan membakar
1. pukul telur bersama gula, overlate sehingga kembang pada kelajuan sederhana.
2. ketika bancuh, masukan sekali secara perlahan2 tepung, butter dan horlick.. pukul sehingga kembang..
3. letakan sedikit biskut marie yg telah dikisar halus (ditumbuk)
4. setelah selesai mengadun, sediakan tiga bekas utk mengisi adunan tersebut, tuang adunan ke dalam tiga bekas tersebut secara sama rata... tuangkan pewarna merah di bekas A, perwarna Hijau dlm bekas B dan langkah sama dlm bekas C.
4. ratakan kertas minyak mengikut acuan loyang.. bubuh sedikit margerin..
5. tuangkan satu senduk besar bekas A kedalam loyang dan bakar selama 10-20 minit, setelah selesai lapisan pertama tuangkan kembali adunan dlm bekas b dan ulang langkah ini sehingga lapisan ketiga.
6. setelah lapisan ketiga selesai, taburkan hawflake keatas lapisan tersebut dan ulang langkah sama, (disusun secara mendatar)
7. bakar sehingga tinggi dan setelah selesai biarkan dlm satu jam utk sejukan nya..
8. siap utk dihidang!

disediakan oleh :
Layer cake house
Susah ke senang nak buat??

Order jer @ 0105437705