Sunday, May 5, 2024

Tepung Gluten Free Pek Biru










Dulu makanan yang paling saya tak pandai nak buat adunan adalah cekodok pisang. Asal buat je, keras kejung. Adakala buat, lembik dan bila digoreng habis mencair di dalam kuali 🤭😷.


Cabaran nie berlaku bukan dizaman bujang tau. Tapi masa dah anak. Anak dah masuk 3 pun still tak pandai buat adunan cekodok pisang. Kiranya kalau nampak pisang tu, teringin sangat nak buat cekodok. Tapi phobia tu menghantui. Rasa seorang yang gagal. Makanan semudah itu pun tak mampu nak sediakan. 


Bila beli siap di luar rasa minyak yang dah banyak kali digunakan tu buat saya seram sejuk. Apatah lagi tak rasa pisangnya. Malah rasa baking powder tu terlampau kuat. Kebanyakannya peniaga suka letak serbuk penaik supaya cekodok tu nampak gebu naik gitu. Tapi dari segi rasa memang fail.


Tapi selepas adanya Tepung GLUTEN FREE (stiker BIRU) nie, semua kerja² saya jadi semakin mudah. Lagi² sekarang kalau anak² minta buat cekodok pisang pun saya dah tak phobia dan tak rasa takut kalau cekodok pisang tak jadi.


Nak buat cekodok pisang dengan menggunakan tepung GLUTEN FREE dari 6Brads Shop Center nie mudah saja. Hanya perlukan 2 bahan sahaja.


1) Pisang masak (sebaiknya yang betul² benyek macam dalam gambar di bawah)


2) Tepung GLUTEN FREE (stiker Biru).


Tak payah gatal² nak letak gula, serbuk penaik, air bagai. 2 bahan tu dah cukup. Kalau nak rasa lemak² sikit, tambahkan secubit garam.


Adunan tepung tu pula secukupnya. Jangan banyak sangat, boleh rasa kat tangan pisang terlebih dahulu dan tepung tu sama sekata, dah cukup. Dah boleh goreng.


Nak lagi sedap, goreng sampai warnanya nampak gelap seperti hangus. Tapi tak hangus.


Memang mabeles.


Nak cuba? Jom dapatkan tepung dulu tau 🤭

BELI SEKARANG!!

Atau WHATSAPP